Itulah gaya2 orang da lama x baca sifir dengan kerap macam time skola dulu-dulu.Dengan konfidennya keluarkan duit RM2.10 sedangkan jawapannya RM2.40.atip atip..
Nak dijadikan cerite la kan pasal darab mendarab ni. Pada hari isnin yang sudah lepas, aku ni semangat la bebeno nak membeli pen untuk final punye pasal. Semangat nih.sampai sanggup tunggu ibu anta g kedai pukul 10 malam.
Dah masuk dekat kedai pilihan hati mule la maen conteng2 kt kertas untuk memastikan kondisi pen yg sihat tanpa penyakit gagap apabila menulis nanti.setelah habis menconteng 1 muke surat dengan perkataan "atiqah" aku pun memilih 3 batang pen. 1 hitam 2 biru.Jangan tanya kenapa 1 je hitam, aku pn tarak tau la.bile da membuat keputusan dengan pen,tengok harga pun memuaskan ati jek, 80seng 1 batang (da macam nak wat karangan sekolah aku sebatang pen) aku pun pergi ke kaunter untuk membayar.
Tengah-tengah beratur dekat kaunter tuh, mula la proses nak tunjuk hebat ingat terer sifir.konfiden nih dalam otak da set 3 darab 8 = 21 (bijaknya!). Da belegar2 jawapan tuh kt otak aku dan aku pun kuarkn duet RM2.10. Bile da sampai kaunter da bagi pen kt dye terus je dengan konfiden bagi RM2.10 td.
orang guna mesin kire2 "semuanya RM2.40"
orang pelupe (aku) "eh, bukan RM2.10 ek?"
orang guna mesin kire2 "eh, semua 80seng kan, RM 2.40"
orang pelupe (aku) "eh..silap la..sory2"
(da malu da time ni.kene kuar kedai cepat2)
Tapi still sebenarnye otak aku xleh terime dengan jawapan tuh. aku still yakin harga bende 2 RM2.10. aku still terfikir bende ni sampai kt kdai topup dok terkire gune otak yg cergas ni pastu berjalan ke keretadengan perasaa curiosity lagi
dalam otak (bukan ke 3 darab 8 21? nape 24 plak.hmmm..takpela sedekah je la duit kat kedai tuh) *gaye-gaye orang konfiden tinggi ingat hebat dalam matematik*
Pastu dalam perjalanan ke kereta aku ni dok terpandang lagi kedai tuh sampai main masuk je kereta yang macam identical twin dengan mak aku.Dengan megah nye aku bukak pintu (sebenarnye time tu aku da pelik sebab macam senang semacam je bila nak bukak pintu selalu macam kena ganas-ganas sikit)
Aku nampak ada budak perempuan dan budak lelaki dekat seat depan (kaki ku sudah masuk ke dalam)
budak perempuan "eh, sape nih?"
orang pelupe (aku) " eh,eh silap kereta.sory sory!!"
mari bergelak ramai-ramai sebab budak perempuan tuh da bantai gelak.hahahahahahahahahaha!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Aku pun terus laju jelah ke kereta yang sebenar iaitu berada selang 1 kereta dari kereta tadi dan my ibu and my akak saw it.Kalau da dapat tengok kejadian yang sangat rare tuh,ape lagi bantai gelak la sampai encik bobo gigit2 tangan akak aku (bobo suka berjalan)
sila tutup muka anda dengan cepat kerana malu giler.aku da terbaring-baring dalam kereta time pergi dari situ pastuh aku nampak budak perempuan tadi dok bantai gelak lagi bila nampak aku.
takpe dik.akak tengah mengire dalam otak itu yang tak dapat konsentrasi.
(sila gelak-gelak jangan malu dan segan)
p/s : malam tuh dalam toilet baru aku perasan aku silap kira.aku ni ha dok loklak pulak kira guna sifir 7.
Atip ni pandai kira-kira la!
hahahahahahaha!!