Korang ada berani ke nak bawak papan kekunci macam aku ? tak kan?! mestilah aku pun tak berani tapi saja ja tunjuk cool dan stail sambil berkata
"papan kekunci je kot,apa da hal?i'm fine with it!"
Alahai,setakat benda simple yang banyak kunci dekat papan tuh.simple matter je. Hari-hari aku boleh bawak. Siap sambil taip mesej sambil makan nasi goreng. Korang boleh ke buat ?!
Korang ada brani ke nk bawak papan kekunci pegi pasar siang atau malam tanpa segan-silu kalau terkena air ikan rase nak lari 1 kilometer macam kena air asid?tak kan?. Aku o.k je nak bawa kunci berpapan ni pergi pasar sebab benda ni sangat rare untuk tontonan awam. Tapi la kan, kalau saja di Malaysia barang ini mesti la da lama aku buat, tapi takde nak buat camne. Aku pun tak lah nak bangun siang dan malam untuk pergi ke pasar sebagai tanda menunjuk-nunjuk beg kunci berpapan ini.
Korang ada berani ke nak bawa papan kunci yang kecil ini ke mana saja sambil mengangkat tangan tanda menunjuk-nunjuk baru beli henpon baru setelah henpon lama dah jadi ketinggalan zaman dan sakarang papan kekunci saja yang stail? tidak kan?!
Korang ada Berani ke nak belikan satu henpon baru untuk aku agar aku menunjuk-nunjuk tanda henpon aku lagi stail dan qwerty dari korang yang dimana nombor di henpon lamanya sudah lusuh dan dimamah usia yang baru sahaja setahun?! mesti berani kan !
Aku dah tahu korang berani itu yang saja buat announcement agar korang sedar tahap keberanian korang dan memulakan langkah dengan membeli satu untuk aku sempena sambutan hari kelahiran pada tahun hadapan. Terima Kasih
p/s : aku nak yang NOKIA X5 tu.Kalau tak mampu blackberry je pun boleh je diterima.
Alahai, orang yang memberi mesti la aku terima saja =)
No comments:
Post a Comment